Monday 23 May 2011

4 Punca Hidup Tidak Tenang


Email: PondokHabib

Ada empat perkara membuat hidup menjadi sukar dan tertekan. Empat perkara itu adalah:


Pertama: Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.
Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: “Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta (Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).

Kedua: Berbuat dosa dan tidak disertai dengan taubat.
Allah SWT berfirman dalam surah Ali Imran ayat 135 yang bermaksud: “Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”

Ketiga: Iri hati sesama manusia, muncul perasaan senang untuk membalas dendam kepada mereka, dan dengki atas anugerah yang Allah berikan kepada mereka. Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 54 yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang sudah Allah berikan kepadanya.” Dalam hadis riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Jauhilah olehmu sekalian sifat dengki itu, kerana sesungguhnya dengki itu dapat menghabiskan amal kebaikan sebagai mana api itu dapat menghabiskan kayu api.”

Keempat: Berpaling daripada mengingati Allah.
Allah SWT berfirman dalam surah Taha ayat 124 yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan Dia pada Hari Kiamat dalam keadaan buta

Sunday 22 May 2011

Uji bakat program Adik-Adikku di Karnival Halal

KOTA BHARU – Karnival Halal Kelantan yang berlangsung pada hujung Mei ini bukan sahaja menyajikan acara berkaitan produk dan perkhidmatan halal malah turut menjadi medan kanak-kanak berpidato bagi sesi uji bakat program televisyen, Adik-Adikku.

Lebih menarik, sesi tersebut merupakan uji bakat pembuka tirai pencarian peserta rancangan kanak-kanak bercorak pidato keagamaan yang kian popular bagi musim ketiga itu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yasmin Yusoff, selain di lokasi Karnival Halal Kelantan, acara sesi uji bakat pertama juga diadakan serentak pada satu acara di Kedah.

Uji bakat Adik-Adikku dijangka berlangsung pada 28 Mei ini di Dewan Besar, Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

“Ia terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun. Mereka perlu membawa dua foto berukuran pasport serta sijil kelahiran,” katanya.

Tambahnya, ketika uji bakat, kanak-kanak akan diuji kebolehan mereka menyampaikan pidato, membaca al-Quran, bertaranum, bernasyid, pengetahuan agama Islam dan pengetahuan am.

“Untuk sesi pidato, semua peserta bebas memilih topik sendiri. Mereka diminta mempersembahkan pidato selama kira-kira tiga minit,” katanya.

Karnival Halal Kelantan 2011 yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dengan kerjasama Jakim akan diadakan di Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu selama tiga hari bermula 28 Mei.

Karnival ini bakal menyediakan 80 gerai pameran dengan pelbagai aktiviti menarik seperti seminar panduan restoran halal serta pensijilan halal untuk industri perhotelan.

Mereka yang berminat untuk menjadi penyewa ruang pameran, lengkapkan borang yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! dan faks ke 03-21661148 atau hubungi 03-21711128 untuk maklumat lanjut.

Sumber: KOSMO

Thursday 19 May 2011

Allah permudah jalan ke syurga bagi pencinta ilmu

oleh : Zahiruddin Zabidi


ISLAM meletakkan ilmu di tempat tertinggi dalam kehidupan manusia. Ini terbukti dengan penurunan wahyu pertama iaitu arahan, ‘Bacalah!’. 

Ibnu Kathir menerangkan, ayat itu adalah rahmat Allah kepada hamba-Nya, sekali gus menjadi nikmat pertama diberikan kepada manusia. Dalam ayat itu termuat peringatan mengenai kejadian manusia yang berasal daripada segumpal darah.


Antara kemurahan Allah juga, manusia diajar ilmu yang tidak diketahui mereka. Allah memuliakan hamba-Nya dengan ilmu yang diberikan. Inilah antara sebab mengapa Nabi Adam lebih mulia daripada malaikat.


Ada kala ilmu itu berada dalam fikiran, secara lisan dan juga penulisan. Memperoleh ilmu melalui akal, lisan dan tulisan adalah perkara yang harus dalam pemerolehan ilmu. 

Oleh itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia dengan kalam. Dia mengajar manusia kepada apa yang mereka tidak tahu.” (Surah al-Alaq, ayat 3-5) 

Dalam Sunan A-Darimi, bab Min Rukhsatil Kitabil Ilm dinyatakan: “Ikatlah ilmu itu dengan tulisan.” Kemudian disebut juga: “Sesiapa yang mengamalkan apa yang diketahuinya, Allah akan mewariskan apa yang mereka tidak tahu sebelumnya.” 
Selain itu, banyak hadis yang direkodkan daripada Nabi Muhammad SAW mengenai kepentingan dan keutamaan ilmu. Daripada Anas bin Malik, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap seorang Islam.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang memasuki sesuatu jalan bagi menuntut ilmu, Allah akan mudah kepadanya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim) 

Ketinggian dan kepentingan ilmu terbukti apabila dikatakan bahawa dengan menuntut ilmu maka jalan ke syurga akan menjadi mudah. Ini adalah janji Allah melalui nabi-Nya dan kita wajar mengejar peluang itu. 

Begitu juga dengan jelas Rasulullah menerangkan penting dan besarnya sesebuah majlis ilmu dengan merujuk kepada sabda yang bermaksud: “Sesiapa pergi ke masjid hanya bagi mempelajari kebaikan atau mengajarnya, maka dia akan dapat pahala ibarat orang yang buat haji secara sempurna.” (Hadis Hasan, Sahih Al-Tarhib wal Targhib) 

Selain daripada belajar ilmu seperti mana disarankan oleh Allah dan Rasul, orang Islam juga wajib mengajar orang lain apabila sudah cukup syaratnya. 
Hal ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Mas’ud yang bermaksud: “Daripada Ibnu Mas’ud, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Pelajarilah ilmu agama dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah perkara yang difardukan dalam Islam dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah dia kepada orang ramai; kerana sebenarnya aku seorang yang akan mati (seperti makhluk yang lain) dan ilmu juga akan diambil (kembali oleh Tuhan dan hilang lenyap) dan akan lahirlah pelbagai fitnah kekacauan sehingga akan berselisih dua orang dalam satu perkara difardukan, yang mereka tidak dapat seorang pun boleh menyelesaikan perkara diperselisihkan itu.” (Hadis riwayat Ad-Darimi dan Ad-Daruqutni)



sumber: berita harian

Monday 16 May 2011

DOWNLOAD FORMAT E-LAPORAN 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rasanya tidak terlewat lagi untuk penulis mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik sekalian dan khususnya para pendidik dari kalangan guru Pendidikan Islam dan j-QAF.semoga kita semua terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa kita menjadikan suatu ummat yang bertamadun, jenerasi rabbani dan berakhlak mulia. Sesungguhnya tugas seorang guru bukanlah ringan, ini kerana guru bukan hanya enjawat jawtan sebagai guru bukan sahaja menjadi seorang guru, tetapi juga menjawat jawatan lain seperti  mudarris, muallim, murabbi, mursyid dan muaddib..begitu lah besarnya peranan kita semua sebagai warga pendidik. mudah-mudahan jangan ada dikalangan kita yang memperlekehkan jawatan yang sedang mereka ni'mati..

Hari guru telah pun berlalu, bulan mei juga sudah melepasi pertengahan bulannya, bulan JUN menghampiri tiba, maka kita warga guru pendidikan islam khususnya guru-guru jqaf, jangan pula kita alpa, ini kerana suatu tugas sedang menunggu kita, seperti yang kita maklum bagi guru-guru jqaf  bulan JUN merupakan bulan KERAMAT bagi kita, bulan untuk kita mengumpulkan data2 yang telah sedia ada untuk dimasukkan kedalam program e-laporan. 

Untuk mendapatkan format e-laporan ustaz-ustazah bolehlah mendownload melalui link yang disediakan dibawah ini..

Monday 9 May 2011

E-PELAPORAN 2011

Berikut keputusan mesyuarat berkaitan perubahan format laporan pencapaian j-QAF 2011.

1. Peneraju pelaporan ialah Bahagian Pendidikan Islam 2011. Bukannya Bahagian Pembangunan Kurikulum. Justeru, Ketua Unit ialah Ustazah Farhana. Bukannya Ustazah Noorazza.
2. Penetapan KPI j-QAF (Pelunjuran 2011 - 2016 )
3. Mencetak sijil pencapain j-qaf di tahun 6 menggunakan esekolah. Oleh itu, Key in no surat beranak atau kad pengenalan murid untuk tahun 6 sahaja.
4. Bahan dimuatturun di halaman www.bpi.edu.my
5. Item Kem Bestari Solat ialah BM (Belum Menguasai) dan MC (Menguasai). Tiada MS (Menguasai Sederhana)
6. Bahasa Arab Tahap 1 ialah setiap bulan ialah 10 markah. 50 markah ialah markah ujian semester.
7. Al-Quran dan Jawi 6 Bulan Tahun satu dilapor 2 kali setahun. Termasuk sekolah bukan program j-QAF.
8. Pencapaian al-Quran tahun 1 menggunakan pencapaian iqra' semasa. Manakala teks penilaian al-quran tahun satu digunapakai untuk ujian saringan di awal tahun.
9. Untuk mengesan tidak khatam al-quran, penambahan profil murid di tahun 6 seperti berikut :
a. Saudara baru.
b. ponteng.
c. masalah pembelajaran.
d. murid inklusif / pendidikan khas.
e. murid bukan program j-qaf
10. Rumusan solat ialah gabungan amali solat(perlakuan) dan (bacaan). contohyna, jika BM di perlakuan dan MC di bacaan, makan dikira BM.
11. Markah jawi dikira total. Maknanya tiada kolum a, b dan c.

Dipengerusikan oleh Timbalah Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam.

Insya-Allah, akan dimuatnaik selepas taklimat 10-12 Mei. Terima kasih.

SUMBER DIPEROLEH DARI :
http://e-laporan.blogspot.com

Rakan Blog