Disampaikan oleh: ust abdul rahman
Kelebihan dan Hikmah Menuntut Ilmu
assalaamu’alaikum……………….
SETIAP manusia dikurniakan oleh Allah akal untuk tujuan membezakannya dengan makhluk lain. Ketika manusia dijadikan, Allah meletakkan amanah besar iaitu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Pengurniaan amanah ini meletakkan manusia ke kedudukan yang begitu tinggi melebihi makhluk Allah lain.
Oleh itu, kita sewajarnya mensyukuri anugerah diberikan Allah dan seharusnya dipergunakan dengan sebaik-baiknya demi mempertingkatkan kedudukan kita di sisi Allah.
Akal adalah sesuatu yang amat berharga bagi manusia dan tidak dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. Disebabkan kelebihan akal yang dikurniakan oleh Allah ini, manusia mampu untuk mencipta malah merekacipta pelbagai...