Sunday, 30 October 2011

UJIAN AKHIR TAHUN (UPAT 2011)

Bermula hari ini semua sekolah rendah di negeri Kelantan akan mengadakan Ujian Akhir Tahun (UPAT). bagi di peringkat sekolah ini pula sebanyak 10 mata pelajaran yang disediakan untuk pelajar-pelajar menjawab. Namun dalam banyak-banyak mata pelajaran, hanya 5 matapelajaran teras yang dikira untuk menentukan kedudukan dalam kelas dan begitu juga untuk proses streaming (penentuan kedudukan murid dalam kelas 2012). Sehubungan dengan itu, pihak Panitia Agama Islam ingin mengucapkan"  "SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPAT, SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN KAMU SEMUA DALAM MENJAWAB SOALAN" Tips semasa menduduki peperiksaan...

Saturday, 22 October 2011

6 Cara Mudah Membuat Anak Merasa Disayangi

Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas – ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang dibuat di hotel lima...

Wednesday, 19 October 2011

Kisah Pemuda Yang Mengawal Nafsu

Nabi s.a.w berbda dr Abi Hurairah: "Tujuh golongan yg Allah Naungi pd hari tiada naungan melainkan Naungan Allah: (diantranya) dan lelaki yg diajak membuat maksiat oleh wanita yg cantik serta berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab "Sesungguhnya aku takut kpd Allah tuhan semesta alam.(Bukhari dan Muslim) Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg masuk ke dalam gua dan mereka terperangkap di dalamnya setelah pintunya tertutup dgn batu besar. salah seorang bertawassul dgn amalannya seperti berikut: "Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai sepupu perempuan yg amat ku cintai. Aku meminta untuk menggaulinya tetapi dia enggan . Suatu hari dia dlm kesusahan...

TV tak sesuai untuk budak

NEW YORK: Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam. Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak. Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak...

Monday, 17 October 2011

Semangat tuntut ilmu perlu sentiasa tersemai

Oleh Ustaz ZamanISLAM menggalakkan umatnya mencari ilmu pengetahuan bagi memandu ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat. Semua cita-cita akan sia-sia tanpa ilmu pengetahuan.Saidina Ali menyatakan: “Sesiapa mengimpikan kehidupan dunia, maka dia perlu berilmu. Sesiapa mengimpikan kehidupan akhirat, maka dia perlu berilmu. Jika kita mengimpikan kedua-duanya, maka kedua-duanya perlukan ilmu pengetahuan.”Dalam pencarian ilmu pengetahuan, seseorang individu perlu melalui beberapa proses. Baginda SAW bersabda bermaksud: “Jadilah orang berilmu, mempelajari ilmu, mendengar di dalam majlis ilmu atau orang yang cintakan ilmu. Janganlah kamu menjadi...

Sunday, 16 October 2011

60,000 pelajar hadap FB 4 jam sehari ?

Anggota Parlimen Arau Datuk Ismail Kasim melahirkan rasa bimbang dengan fenomena masa kini yang menunjukkan ramai pelajar di negara ini menghabiskan masa melayari laman sosial tanpa kawalan dan mendapatkan maklumat yang diragui daripadanya. Ada kajian menunjukkan lebih 60,000 pelajar menghadap komputer lebih empat jam sehari semata-mata untuk melayari laman sosial termasuk facebook, katanya tanpa menyatakan sumber kajian itu. Bercakap kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan karaoke 1Malaysia di Kampung Kebun, Arau dekat Kangar malam tadi, beliau bimbang fenomena itu akan merugikan masa depan mereka. Ismail berkata,...

Wednesday, 12 October 2011

Kanak-kanak, remaja layari internet 19 jam seminggu

Assalamu'alaikum... Sehari dua ni penulis cukup-cukup terkejut dan gusar dengan apa yang berlaku di sekolah-sekolah, yang mana apa yang berlaku ini tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan remaja terutama sekali di sekolah rendah. Penulis tertanya, bagaimana perkara-perkara yang boleh dikatakan  18SX atau lebih lagi boleh berlaku pada murid-murid yang boleh dikatakan masih belum baligh ini? adakah faktor guru-guru tidak mengajar mereka? adakah ibubapa tidak memberi didikan agama kepada mereka? adakah disebabkan pengaruh rakan-rakan sekitar mereka atau adakah disebabkan pengaruh oleh media elektronik yang semakin membarah dalam jiwa anak...

Pages 681234 »

Rakan Blog