Tuesday, 6 November 2012

KEPUTUSAN UPSR 2012


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Saturday, 24 March 2012

Ilmu Dan Amal

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:"Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."
(Riwayat Bukhari)
Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik. Allah berfirman: "Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran)." (An Nisa : 66)

Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah. Dia menyuruh manusia melakukan perkara–perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama' bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan." (Ibnu Majah)

Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama' untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.

1. Ilmu mesti disertai dengan amal maka sesiapa yang beramal tahulah dia tentang manfaat ilmu.
2. Ilmu berpanjangan dengan sebab beramal dan jika tidak beramal dengan ilmu maka ia akan bersedih
3. Setiap bekas menjadi sempit dengan sebab isiannya melainkan ilmu maka bekas ilmu menjadi semakin luas walau pun diisi seberapa banyak sekalipun
4. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama jarum yang menjahit pakaian untuk menutup aurat orang lain sedangkan dia sendiri tinggal telanjang
5. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain
6. Orang alim yang malas beramal dengan ilmunya umpama batu asah yang menajamkan pisau sedangkan dia sendiri tidak mampu memotong
7. Orang alim yang tidak beramal dengan ilmunya umpama sebiji batu besar yang jatuh menutupi mulut sungai di mana ia sendiri tidak meminum air sungai itu sebaliknya hanya menahan air sungai sungai itu daripada mengalir sehingga dapat diminum dan diambil manfaat oleh orang lain bukan untuk manfaat dirinya sendiri
وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَّا تَبِعُواْ قِبْلَتَكَ وَمَا أَنتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم مِّن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إِذَاً لَّمِنَ الظَّالِمِينَ
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 145)
Sumber Asal : www.iluvislam.com

Sunday, 11 March 2012

Akhlak Juga Penting


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia". Riwayat Abu Daud

Allah S.W.T. memberi ganjaran yang amat tinggi kepada orang yang berakhlak mulia, setaraf dengan orang yang berpuasa serta mendirikan sembahyang di tengah malam.

Setiap Muslim hendaklah berusaha mempertingkatkan kualiti akhlaknya agar menjadi baik dan lebih baik sepanjang menjalani kehidupan di dunia ini kerana setiap amalan akan dihitung dan dihisab di akhirat kelak.

Mukmin yang mempunyai akhlak mulia, bukan sahaja mendapat kemulian di dunia, bahkan mendapat darjat yang tinggi di sisi Allah di akhirat nanti.

إِنَّا أَخْلَصْنَاهُم بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ
Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi, yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat
(Surah Sodh 38: 46)

Friday, 18 November 2011

Ibu Bapa Terlalu Sibuk, Anak Terabai

Menurut Abdullah Nasih Ulwan, antara faktor terbesar yang menyebabkan anak-anak terpesong haluannya ialah kerana ibu bapa tidak melakukan kerja pendidikan. Mereka fikir bahawa tugas mereka selesai dengan memberikan makanan dan pakaian yang cukup. Selebihnya mereka serahkan kepada sekolah, atau Pasti.
Malang sungguh tanggapan begini. Binatang seperti harimau pun tahu tanggungjawabnya mendidik. Harimau tidak membiarkan anak-anaknya membesar tanpa dia mendidik dan melatih mereka terlebih dahulu. Harimau mendidik anak tentang bagaimana memburu binatang. Apabila si ibu memburu, dia sengaja tidak terus membunuh buruannya untuk dijadikan santapan.
Sebaliknya, dia hanya mencederakan buruan itu. Maka binatang buruan itu terus cuba melepaskan diri sambil lari terhencot-hencot kerana kakinya sudah cedera. Pada waktu inilah, si anak-anak harimau tadi berlatih mengejar dan menangkap buruan. Binatang buruan yang cedera itu menjadi alat pendidikan secara praktikal. Si ibu pula hanya memerhatikan bagaimana anak-anaknya berlatih. Selepas beberapa siri latihan, dan anak-anak harimau tadi sudah cekap, barulah mereka dibiarkan berdikari mencari rezekinya sendiri.
Jika harimau pun tahu tanggungjawab mereka, bagaimana pula ada ibu bapa sanggup mengabaikan pendidikan anak-anak. Harimau mahu anaknya mampu menangkap buruan, maka dia rela menghabiskan masanya melatih anak itu. Yang peliknya, manusia pula mahu anaknya cemerlang, berjaya dan soleh, namun tidak berusaha ke arah itu. Mereka langsung tidak perasan bahawa diri mereka adalah sebenarnya seorang 'pendidik'.
Mendidik Bukan Menternak!
Ibu bapa perlu ingat bahawa mereka berperanan untuk mendidik anak, bukan sekadar 'menternak' anak-anak. Allah menjadikan anak-anak itu sebagai amanah yang amat berharga. Jangan sia-siakan mereka. Mereka bukannya makhluk yang boleh membesar hanya dengan makan dan pakai yang cukup. Mereka punya jiwa dan hati, juga punya nafsu dan perasaan. Kantung kalbu mereka tidak boleh dibiarkan kosong. Jika ibu dan bapa tidak berusaha untuk mengisi kantung kalbu itu dengan iman dan ihsan, nescaya virus-virus perosak akan menyelinap masuk dan merosakkan pekerti anak-anak. Jiwa mereka punya potensi untuk menjadi manusia sebaik malaikat. Namun, nafsu mereka juga ada potensi menjadikan mereka sejahat syaitan. 
Kita sering dengar Hassan Al-Banna sebagai seorang pendakwah hebat. Buku Cinta di Rumah Hassan Al-Banna s
Maka 'sibuk' itu bukan alasannya. Kita memang dilahirkan di dunia ini untuk menjadi orang sibuk. Orang yang tidak sibuk ialah orang yang cuai, lalai dan mundur. Maka semua kita perlulah sibuk. Maknanya, orang-orang yang pernah berjaya melahirkan anak-anak yang hebat juga dulunya sibuk, seperti kita. Soalnya kita sibuk dengan apa? Bukankah 'mendidik anak' itu salah satu tugas kita dalam senarai fungsi-fungsi kita sebagai seorang 'bapa' dan 'ibu'?
Orang sibuk dan bijak akan menyenaraikan fungsinya. Fungsi kita bukan sekadar 'pengarah syarikat', 'pegawai kewangan', 'jurutera kanan', 'pakar perbidanan', 'setiausaha persatuan' atau seumpamanya. Fungsi kita juga perlu senaraikan fungsi-fungsi kita sebagai 'anak kepada ibu bapa', 'suami', 'isteri', 'bapa', dan 'ibu'. Selepas fungsi disenaraikan, kita perlu pula mencatatkan tugas-tugas kita bagi setiap fungsi itu. Maka tugas 'mendidik anak' itu satu tugas besar, dan sangat penting – walau pun biasanya tidak 'urgent' – yang perlukan ruangan masa yang panjang.

Biodata Kolumnis

Ustaz Fathi Yusuf merupakan graduan ijazah Undang-Undang Syariah UIAM dan master Undang-Undang UKM manakala isterinya, Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin merupakan graduan Bahasa Arab UIAM. Ustaz Fathi sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD di UIAM manakala Ustazah Ros Izanuri mengajar di SMK Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Monday, 14 November 2011

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA KELANTAN 2012


Berikut adalah maklumat-maklumat berkaitan permohonan ke sekolah-sekolah agama sekitar kelantan


SMKA & SABK:-


Tarikh permohonan : 17/11/2011
tarikh tutup permohonan : 1/12/2011 (14hari seleps keputusan UPSR diumumkan)
borang : KLIK DISISI
Syarat:- Permohonan ke salah satu SMKA  dan SMA TENGKU AMALIN A'ISHAH PUTRI perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR, walaubagaimanapun permohonan ke SABK lain tidak bersyarat. 


Senarai SMKA :- 1. SMKA NAIM LILBANAT (KOTA BHARU) 2. SMKA LATI (PASIR MAS) 3. SMKA FALAHIAH (TUMPAT) 4. SMKA MELOR (MELOR-KOTA BHARU) 5. SMKA WATANIAH (MACHANG).6. SMKA TOK BACHOK (BACHOK)


Senarai SABK :- 
SEKOLAH KERAJAAN NEGERI (YAYASAN ISLAM KELANTAN)
MAAHAD KAWALAN :
Tarikh permohonan :- Mulai  2 Oktober 2011 (Ahad)
Tarikh tutup permohonan:  Dua minggu selepas Keputusan UPSR diumumkan.
Borang permohonan: Borang permohonan boleh didapati di Yayasan Islam Kelantan / Maahad kawalan / boleh dimuat turun dari laman web YIK di www.yik.kelantan.gov.my*(download disini)
Syarat kemasukkan:- tahun lahir 1999, keputusan UPSR sekurang-kurangnya 4A1B.lulus ujian kemasukkan.
Senarai MAAHAD KAWLAN : 
1. MAAHAD MUHAMMADI (L)
2.MAAHAD MUHAMMADI (P)
3.MAAHAD TAHFIZ SAINS
4. MAAHAD  TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT

Maklumat lanjut : KLIK DISINI
*Borang tanpa wangpos atau bankdraft tidak akan diproses.

MAAHAD PILIHAN:-
Tarikh permohonan :- Mulai  2 Oktober 2011 (Ahad)
Tarikh tutup permohonan:  Dua minggu selepas Keputusan UPSR diumumkan.
Borang permohonan: Boleh didapati di Maahad yang berkenaan 
Syarat kemasukkan:- tahun lahir 1999, keputusan UPSR sekurang-kurangnya 2A.lulus ujian kemasukkan.
Maklumat lanjut : KLIK DISINI


Sekolah Menengah Ugama (Arab) YIK
Tarikh permohonan :- Mulai  2 Oktober 2011 (Ahad)
Tarikh tutup permohonan:  Bergantung kepada sekolah terbabit.
Borang permohonan: Boleh didapati di Maahad yang berkenaan 
Syarat kemasukkan:- tahun lahir 1999, keputusan UPSR diambil kira.
Maklumat lanjut : KLIK DISINI






Wednesday, 9 November 2011

kalendar Persekolahan Sesi 2012



Tuesday, 8 November 2011

Gambar sekitar program khtam Al-Quran









Rakan Blog