Friday, 22 January 2010

2010 TAHUN YANG MENCABAR DAN MENDEBARKAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah masuk tahun baru 2010, sungguh cepat masa berlalu. betullah apa yang diajarkan kepada kita bahawa dunia ni hanya tempat persinggahan sahaja, kenapa dunia menjadi tempat persinggahan? kerana masa di dunia ni singkat sahaja..Rasul juga pernah berpesan kepada kita bahawa "jadilah di dunia ni seperti seorang pedagang atau pun seorang yang bermusafir". Maksud pedagang ialah seorang yang berhenti di sesuatu tempat hanya untuk mengaut keuntungan sahaja, bila sudah berjaya mendapat untung maka dia akan pergi ke destinasi lain pula dengan tujuan yang sama, maka tidak lah dia kekal tinggal di sesuatu tempat itu.  Demikian juga dengan maksud bermusafir, musafir ialah seseorang yang dalam perjalanan ke sesuatu destinasi....

Monday, 18 January 2010

Selamat Berpraktikum

Selamat Berpraktikum kepada Ustazah Malahati dari semua warga SKGD terutama sekali dari unit j-qaf panitia agama islam. Kami mendoakan agar Ustzah Malahati dapat mengharungi minggu-minggu praktikum dengan jayanya... Ustazah Malahati antara peserta kursus kpli lpbs-sr jqaf ambilan 2009. Beliau juga merupakan guru jqaf yang ke-7  di SKGD....

Sunday, 10 January 2010

prihal j-QAF

KONSEP PELAKSANAAN MODEL- MODEL J-QAF SECARA RINTIS JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA LATAR BELAKANG YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi semasa dalam tempoh 100 hari beliau menerajui tampuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima telah menyatakan hasrat supaya pelajar-pelajar Islam di negara ini dapat khatam bacaan al-Quran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah. Untuk memenuhi hasrat ini, Kementerian Pendidikan ketika itu, telah menganjurkan satu Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) yang berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2004 dan telah memutuskan supaya diadakan satu projek rintis program j-QAF pada bulan April 2004 sebelum pelaksanaan sepenuhnya mulai tahun 2005. KONSEP...

Pages 681234 »

Rakan Blog