Friday, 22 January 2010

2010 TAHUN YANG MENCABAR DAN MENDEBARKAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pejam celik pejam celik rupa-rupanya dah masuk tahun baru 2010, sungguh cepat masa berlalu. betullah apa yang diajarkan kepada kita bahawa dunia ni hanya tempat persinggahan sahaja, kenapa dunia menjadi tempat persinggahan? kerana masa di dunia ni singkat sahaja..Rasul juga pernah berpesan kepada kita bahawa "jadilah di dunia ni seperti seorang pedagang atau pun seorang yang bermusafir". Maksud pedagang ialah seorang yang berhenti di sesuatu tempat hanya untuk mengaut keuntungan sahaja, bila sudah berjaya mendapat untung maka dia akan pergi ke destinasi lain pula dengan tujuan yang sama, maka tidak lah dia kekal tinggal di sesuatu tempat itu. 


Demikian juga dengan maksud bermusafir, musafir ialah seseorang yang dalam perjalanan ke sesuatu destinasi. Bagi seseorang yang bermusafir tidak dapat lari untuk berhenti di sesuatu untuk destinasi bagi mendapat kerehatan setelah lama berjalan atau juga untuk mendapat sedikit bahan-bahan sebagai bekalan ketika masa perjalanan itu nanti, maka berhenti seorang yang bermusafir tidaklah berhenti untuk menetap selama-lamanya di tempat itu bahkan berhenti itu sekejap sahaja.




Berbalik kepada tajuk, tahun 2010 merupakan tahun yang penuh debaran terutama sekali bagi sekolah-sekolah yang bakal mengeluarkan produk pertama mereka hasil gembelingan tenaga guru-gpi dan jqaf. apakah produk yang bakal mereka keluarkan ini produk yang bermutu sebagaimana yang disebut dalam falsafah pendidikan kebangsaan mengeluarkan seorang insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial (JERIS)? 


Apakah objektif utama program j-qaf iaitu memastikan murid yang berjaya khatam al-quran, menguasai jawi, asas arab dan fardhu ain setelah tamat dajah 6 berjaya di capai? maka inilah yang di risaukan oleh segenap guru-guru agama di sekolah rendah di seluruh malaysia. Sekiranya hasil yang tidak memberangsangkan maka sudah pastilah program jqaf ini akan dilihat sebagai program yang tidak berkesan dan membazir. 


Disebalik memastikan objektif utama jqaf tercapai, guru-guru agama khususnya guru jqaf terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memastikan program jqaf berjalan lancar, namun sebagaimana yang telah dinyatakan tahun 2010 merupakan tahun yang penuh cababaran.


Cabaran disini ialah berlaku apabila  mahu memastikan program-program jqaf dilaksanakan dengan lancar bagi murid-murid tahun 6. sebagaimana yang kita tahu darjah 6 akan menduduki peperiksaan yang paling besar di peringkat sekolah rendah iaitu ujian penilian sekolah rendah (UPSR). secara tradisinya murid-murid tahun 6 akan di asak secukup-cukupnya, pelbagi jenis kelas tambahan di wujudkan tidak mengira pagi, petang dan malam, hari persekolahan atau hari minggu bagi memastikan mereka berjaya dalam ujian itu nanti. 


Dalam hal ini kebijaksanaan pihak pentadbiran sekolah dalam mencaturkan strategi-strategi kecemerlangan tidak kira di peringkat UPSR atau j-QAF begitu penting dalam memastikan kedua-dua objektif tersebut dicapai dengan jayanya..


Kami warga panitia agama islam SKGD mengucapkan ribuan terima kasih diatas keperihatinan pihak pentadbiran khususnya guru besar dalam memberi kepercayaan kepada anak buahnya di peringkat panitia agama islam khususnya jqaf dalam melaksanakan program-program jqaf untuk murid-murid darjah 6.

0 comments:

Post a Comment

Rakan Blog