Sunday, 1 August 2010

Kasih sayang.

Posted: 31 Jul 2010 11:15 PM PDT
20 Syaaban 1431H.
Oleh : Akhisalman

Sifat Kasih Sayang adalah sifat yang perlu ada pada setiap orang beriman. Sifat ini disebut dalam al-Quran sebagai sifat para sahabat Rasulullah s.a.w. Firman Allah:

“Muhamad pesuruh Allah; dan orang2 bersamanya bersifat amat keras kepada orang2 kafir (yg menentang Islam)dan berlemah lembut sesama mereka… (29: al-Fath)

Nabi s.a.w amat menekan sifat kasih sayang kepada umatnya:

ارحم من في الأرض يرحمك من في السماء 

Maksudnya: “Kasihanilah mahkluk di bumi nescaya mahkluk di langit akan menyangimu.” (Hr Tabrani: perawi sahih)

من لم يرحم الناس لم يرحمه الله

Maksudnya: “Sesiapa yang tidak mengasihi manusia ; Allah s.w.t tidak mengasihinya.” (Hr Tabrani: sanad hasan)

لا تنزع الرحمة إلا من شقي

Maksudnya: “Sifat kasih sayang tidak dicabut melainkan daripada hati orang yang celaka.” (Hr Bukhari dlm Adabul Mufrid)

Sifat kasih sayang bukan sahaja kepada sesame Islam bahkan semua mahkluk tuhan tidak kira manusia, jin, haiwan dan alam sekitar.

Nabi s.a.w bersabda:

“Kamع tidak beriman dgn sempurna sehingga kamu salih kasih mengasihani.”

Para sahabat menjawab:

“Semua kami adalah pengasih”

Nabi s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya yang dimaksudkan bukan hanya seorang mengasihi temannya tetapi ia adalah kasih sayang pada semua manusia, kasih sayang yg menyeluruh.”(Hr Tabrani: perawi2 yg sahih)

Suatu hari Nabi Muhammad s.a.w mengucup dahi Hasan bin Ali r.a disamping al-Aqra3 bin Habis at-Tamimi. Aqra3 berkata:

“Aku mempunyai sepuluh orang anak dan aku tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka”

Baginda memandangnya dan berkata:

مَنْ لاَ يَرْحَمْ لاَ يُرْحَمْ

Maksudnya: “Siapa yang tidak mengasihi yang lain maka dia tidak dikasihi.”(Hr Bukhari dan Muslim)

Saidina Umar r.a hendak melantik seorang lelaki untuk memegang jawatan pemimpin kepada org Islam. Tiba2 beliau mendengar bahawa lelaki tersebut tidak pernah mencium anak2nya. Maka Saidina Umar r.a. terus menarik balik daripada keputusannya untuk melantik lelaki tersebut dan berkata kepadanya:

“JIka dirimu tidak lembut mengasihi anak2mu bagaimana nak bersifat pengasih kepada manusia lain? Demi Allah aku tidak akan melantikmu selama-lamanya.”

Kemudian beliau mengoyak surat perlantikan.

Kasih sayang bukan sahaja pada manusia malahan pada binatang.

Rasulullah s.a.w menceritakan:

“Ketika mana seorang lelaki sedang berjalan di sebatang jalan; dia terasa sangat dahaga. Tiba2 dia menjumpai sebuah telaga, lalu dia turun ke dalam telaga dan minum air. Kemudia dia keluar dari telaga tersebut dan mendapati ada seekor anjing yg menjelir2 lidahnya dan memakan tanah kerana terlampau dahaga. Lelaki itu berkata “Sesungguhnya anjing ini telah dahaga seperti mana aku dahaga tadi.” Maka dia pun turun ke telaga, memenuhkan kasut dgn air serta memegang mulut kasut sambil naik ke permukaan telaga dan memberikan anjing itu minum. Allah memuji perbuatannya dan mengampunkan dosa2 nya.”

Para sahabat bertanya:

“Adakah kami dapat pahala jika membantu binatang?”

Nabi s.a.w menjawab:

“Menolong setiap yang bernyawa mendapat pahala” (Hr Bukhari dan Muslim)

Rujukan: Syakhsiah al-Marah al-Muslimah oleh Dr Muhammad Ali al-Hashimi dll

0 comments:

Post a Comment

Rakan Blog