skip to main |
skip to sidebar
09:15
abdurrahman
10 Zulkaedah 1431 H
Oleh : newsforwarder
"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah Dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya Dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika Kita hendak meminjam bidalan Soekarno.
Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' Dan Ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda Dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa Dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra Dan lemah-lembut.
"Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim." (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.)
Biasanya teruna akan terpikat Dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur Dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun 'Mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati Dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan Dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik Dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya Ada yang membidalkan bahawa:
'Yang bercahaya tidak semestinya emas' Dan 'yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona Dan terpedaya.
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas Dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, IA adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, Dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan Mata.
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti Dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika Ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.
Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji Dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu Dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat Dan menjolok Mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. Lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, Ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.
Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
Rakan Blog
-
-
Kaedah Mencetak Sijil Pada Sistem e-Pelaporan Program jQAF
-
Log In dalam Sistem e-Pelaporan >>> klik *Cetak Lampiran / Sijil / Borang*
>>> sila Penuhkan ruangan *Negeri, Daerah, Sekolah, Darjah & Nama Kelas*
>>> Kli...
6 years ago
-
SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
-
[image: Related image]
*DENGAN PENUH RASA SYUKUR,SAYA & SELURUH SEISI KELUARGA:*
*WAN MOHD ZUHAIRI, AIDA,WAN FARIS FAWWAZ,WAN FADHIL FAYYADH,WAN HAKIM...
7 years ago
-
JANGAN HILANGKAN.....
-
Wajahnya sedikit murung. Kelihatan ada airmata yang tertahan dari mengalir
keluar. Sesekali diseka hujung mata dengan tangan. Anak jantan, tak ingin
dilih...
8 years ago
-
SUMATIF2 2016
-
Kepada semua warga GPI seluruh Negeri Melaka
Berikut adalah fail-fail berkaitan dengan Ujian Pentaksiran 2 untuk dimuat
turun beserta surat rasmi
Bermaks...
8 years ago
-
Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam & Bahasa Arab 2016
-
Assalamualaikum wbt..
Di sini admin ada upload RPT Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi kegunaan
Tahun 2016.Kandungan RPT ini bermula dari tahun 1 hing...
8 years ago
-
BAHAN KURSUS KSSR TAHUN 6 PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
-
Assalamualaikum.. Boleh muat turun bahan berikut dengan klik nama fail
dalam kotak di bawah.
9 years ago
-
-
Assalamualaikum.......
Kembali di tahun 2015 setelah lama tidak aktif ....Admin akan memasukkan
entri yang menarik berkaitan perkembangan sekolah dan juga a...
9 years ago
-
IK Daerah Jempol 2014: Najmul Mumtaz & Najmul Mumtazah Kembali Berjuang
-
Assalamualaikum...
Segala puji hanya selayaknya kepada Allah, Penguasa Sekalian Alam. Selawat
dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli k...
10 years ago
-
-
-
FAIL ELAPORAN JQAF 2013-SEDIA DOWNLOAD
-
SALAM SAHABAT2
SELAMAT MENGISI EPELAPORAN 6BULAN PERTAMA
BOLEH DOWNLOAD FAIL DI BAHAGIAN MUAT TURUN SEGERA.
SYUKRAN
11 years ago
-
Diharamkan Mengumpat
-
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَتَدْرُونَ
مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ...
11 years ago
-
Sambutan Maulidur Rasul 2013/1434H
-
Tema sambutan maulidur Rasul 2013 peringkat kebangsaan "WASATIYYAH TONGGAK
KESATUAN UMMAH"
11 years ago
-
Amalan Terbaik PdP
-
Saya baru selesai membantu Unit Prasekolah, Sektor Dasar di Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk empat hari dalam Konvensyen Amalan
Terbaik Pengajar...
12 years ago
-
Fikiran yang mengharukan Umno
-
- Dr Mohd Asri Zainul Abidin
- 8:13AM Sep 28 2012
KOLUM Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya
sifatkan literal yang d...
12 years ago
-
-
Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan
-
Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa
pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi
ataupun ...
13 years ago
-
MESYUARAT PANITIA AGAMA ISLAM/j-QAF KALI PERTAMA 2011
-
TARIKH: 21 DISEMBER 2010
HARI: SELASA
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: BILIK GERAKAN
SEMUA JK PANITIA...SILA HADIR
14 years ago
-
LAWAN HAWA NAFSUMU!
-
LAWAN NAFSU MU!
Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi
kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kit...
14 years ago
-
Cerita Terbaru..
-
Salamun alaikum kawan2... fuh.. fuh.. apapun sebelum otak ini ligat
berfikir...dan sebelum tangan ini laju menaip, apa kata kita tiup skit
sawang2 yang du...
14 years ago
-
Soal Jawab: e-LAPORAN j-QAF 2009
-
Aktiviti murid dalam kelas 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Format Laporan
Pencapaian Program j-QAF? Jawapan: Format Laporan Pencapaian Program j-QAF
iala...
15 years ago
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment