Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa IlmuKisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu Syaikhuna memilih untuk membicarakan tentang kelebihan ilmu dan amal bagi penuntut ilmu. Maka beliau menceritakan sebuah cerita yang menarik perhatian semua pendengar pada petang tersebut. Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) . Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas. Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina. Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza. Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut. SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa . Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka , sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya . Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut , dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina . Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya . Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut. Maka , secara tidak sedar , Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus. Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya? Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut. SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu. Sang Alim berfikir, “ Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?” Sang Alim terfikir lagi , “ Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya” Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : “ Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku? Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah. Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut. Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik. Mohd Nazrul Abd Nasir,
Satu kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian. Kisah ini saya nukilkan daripada apa yang disampaikan oleh Syaikhuna al-Allamah al-Hafidz Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith al-Kittani al-Syafie hafizahullah ketika beliau menyampaikan ceramah di Dewan Besar Yayasan Khairiah , Kupang Baling Kedah. Kebetulan pada waktu itu, saya disuruh oleh Syaikhuna Muhammad Ibrahim hafizahullah untuk menterjemahkan ucapan beliau di dalam Bahasa Melayu agar mudah difahami oleh para pendengar.
Penuntut Ilmu Di Masjid al-Azhar al-Syariff & Masjid al-Asyraff,
Wangsa Maju, Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Saturday, 13 November 2010
Kisah Menarik Perbezaan Sang Alim & Sang Abid Tanpa Ilmu
02:22
ajk pai
Rakan Blog
-
-
Kaedah Mencetak Sijil Pada Sistem e-Pelaporan Program jQAF - Log In dalam Sistem e-Pelaporan >>> klik *Cetak Lampiran / Sijil / Borang* >>> sila Penuhkan ruangan *Negeri, Daerah, Sekolah, Darjah & Nama Kelas* >>> Kli...6 years ago
-
SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN - [image: Related image] *DENGAN PENUH RASA SYUKUR,SAYA & SELURUH SEISI KELUARGA:* *WAN MOHD ZUHAIRI, AIDA,WAN FARIS FAWWAZ,WAN FADHIL FAYYADH,WAN HAKIM...7 years ago
-
JANGAN HILANGKAN..... - Wajahnya sedikit murung. Kelihatan ada airmata yang tertahan dari mengalir keluar. Sesekali diseka hujung mata dengan tangan. Anak jantan, tak ingin dilih...8 years ago
-
SUMATIF2 2016 - Kepada semua warga GPI seluruh Negeri Melaka Berikut adalah fail-fail berkaitan dengan Ujian Pentaksiran 2 untuk dimuat turun beserta surat rasmi Bermaks...8 years ago
-
Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam & Bahasa Arab 2016 - Assalamualaikum wbt.. Di sini admin ada upload RPT Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi kegunaan Tahun 2016.Kandungan RPT ini bermula dari tahun 1 hing...8 years ago
-
BAHAN KURSUS KSSR TAHUN 6 PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM - Assalamualaikum.. Boleh muat turun bahan berikut dengan klik nama fail dalam kotak di bawah.9 years ago
-
-
IK Daerah Jempol 2014: Najmul Mumtaz & Najmul Mumtazah Kembali Berjuang - Assalamualaikum... Segala puji hanya selayaknya kepada Allah, Penguasa Sekalian Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli k...10 years ago
-
-
-
FAIL ELAPORAN JQAF 2013-SEDIA DOWNLOAD - SALAM SAHABAT2 SELAMAT MENGISI EPELAPORAN 6BULAN PERTAMA BOLEH DOWNLOAD FAIL DI BAHAGIAN MUAT TURUN SEGERA. SYUKRAN11 years ago
-
Diharamkan Mengumpat - عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ...11 years ago
-
Sambutan Maulidur Rasul 2013/1434H - Tema sambutan maulidur Rasul 2013 peringkat kebangsaan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"11 years ago
-
Amalan Terbaik PdP - Saya baru selesai membantu Unit Prasekolah, Sektor Dasar di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk empat hari dalam Konvensyen Amalan Terbaik Pengajar...12 years ago
-
Fikiran yang mengharukan Umno - - Dr Mohd Asri Zainul Abidin - 8:13AM Sep 28 2012 KOLUM Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang d...12 years ago
-
Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Fakir Miskin, Saudara Baru dan Ibu Tunggal - Sebahagian penerima sumbangan &13 years ago
-
Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan - Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun ...13 years ago
-
MESYUARAT PANITIA AGAMA ISLAM/j-QAF KALI PERTAMA 2011 - TARIKH: 21 DISEMBER 2010 HARI: SELASA MASA: 9.00 PAGI TEMPAT: BILIK GERAKAN SEMUA JK PANITIA...SILA HADIR14 years ago
-
LAWAN HAWA NAFSUMU! - LAWAN NAFSU MU! Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kit...14 years ago
-
Cerita Terbaru.. - Salamun alaikum kawan2... fuh.. fuh.. apapun sebelum otak ini ligat berfikir...dan sebelum tangan ini laju menaip, apa kata kita tiup skit sawang2 yang du...14 years ago
-
Soal Jawab: e-LAPORAN j-QAF 2009 - Aktiviti murid dalam kelas 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Format Laporan Pencapaian Program j-QAF? Jawapan: Format Laporan Pencapaian Program j-QAF iala...15 years ago
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment