oleh: nina mazrina
Amalkan Tidur Yang Cukup
- 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
- Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
- Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum?membeli makanan tambahan.
Bersenam
- Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
- Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
- Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
- Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
- Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
- Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
- Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.
Fokus
- Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
- Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
Membaca Al-Quran
- Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
Sunday, 21 November 2010
Tips Kuatkan Daya Ingatan
16:39
ajk pai
Rakan Blog
-
-
Kaedah Mencetak Sijil Pada Sistem e-Pelaporan Program jQAF - Log In dalam Sistem e-Pelaporan >>> klik *Cetak Lampiran / Sijil / Borang* >>> sila Penuhkan ruangan *Negeri, Daerah, Sekolah, Darjah & Nama Kelas* >>> Kli...6 years ago
-
SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN - [image: Related image] *DENGAN PENUH RASA SYUKUR,SAYA & SELURUH SEISI KELUARGA:* *WAN MOHD ZUHAIRI, AIDA,WAN FARIS FAWWAZ,WAN FADHIL FAYYADH,WAN HAKIM...7 years ago
-
JANGAN HILANGKAN..... - Wajahnya sedikit murung. Kelihatan ada airmata yang tertahan dari mengalir keluar. Sesekali diseka hujung mata dengan tangan. Anak jantan, tak ingin dilih...8 years ago
-
SUMATIF2 2016 - Kepada semua warga GPI seluruh Negeri Melaka Berikut adalah fail-fail berkaitan dengan Ujian Pentaksiran 2 untuk dimuat turun beserta surat rasmi Bermaks...8 years ago
-
Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam & Bahasa Arab 2016 - Assalamualaikum wbt.. Di sini admin ada upload RPT Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi kegunaan Tahun 2016.Kandungan RPT ini bermula dari tahun 1 hing...8 years ago
-
BAHAN KURSUS KSSR TAHUN 6 PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM - Assalamualaikum.. Boleh muat turun bahan berikut dengan klik nama fail dalam kotak di bawah.9 years ago
-
-
IK Daerah Jempol 2014: Najmul Mumtaz & Najmul Mumtazah Kembali Berjuang - Assalamualaikum... Segala puji hanya selayaknya kepada Allah, Penguasa Sekalian Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli k...10 years ago
-
-
-
FAIL ELAPORAN JQAF 2013-SEDIA DOWNLOAD - SALAM SAHABAT2 SELAMAT MENGISI EPELAPORAN 6BULAN PERTAMA BOLEH DOWNLOAD FAIL DI BAHAGIAN MUAT TURUN SEGERA. SYUKRAN11 years ago
-
Diharamkan Mengumpat - عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ...11 years ago
-
Sambutan Maulidur Rasul 2013/1434H - Tema sambutan maulidur Rasul 2013 peringkat kebangsaan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"11 years ago
-
Amalan Terbaik PdP - Saya baru selesai membantu Unit Prasekolah, Sektor Dasar di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) untuk empat hari dalam Konvensyen Amalan Terbaik Pengajar...12 years ago
-
Fikiran yang mengharukan Umno - - Dr Mohd Asri Zainul Abidin - 8:13AM Sep 28 2012 KOLUM Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang d...12 years ago
-
Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Fakir Miskin, Saudara Baru dan Ibu Tunggal - Sebahagian penerima sumbangan &13 years ago
-
Panduan Penjagaan Ibu Bersalin Secara Pembedahan - Kelahiran secara pembedahan (Caesarian) sudah menjadi sesuatu yang biasa pada masa kini. Ada yang terpaksa melaluinya kerana masalah posisi bayi ataupun ...13 years ago
-
MESYUARAT PANITIA AGAMA ISLAM/j-QAF KALI PERTAMA 2011 - TARIKH: 21 DISEMBER 2010 HARI: SELASA MASA: 9.00 PAGI TEMPAT: BILIK GERAKAN SEMUA JK PANITIA...SILA HADIR14 years ago
-
LAWAN HAWA NAFSUMU! - LAWAN NAFSU MU! Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kit...14 years ago
-
Cerita Terbaru.. - Salamun alaikum kawan2... fuh.. fuh.. apapun sebelum otak ini ligat berfikir...dan sebelum tangan ini laju menaip, apa kata kita tiup skit sawang2 yang du...14 years ago
-
Soal Jawab: e-LAPORAN j-QAF 2009 - Aktiviti murid dalam kelas 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Format Laporan Pencapaian Program j-QAF? Jawapan: Format Laporan Pencapaian Program j-QAF iala...15 years ago
-
-
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment